Thursday, 17 March 2011
tikus yang mahu kayu keras
Ibu tikus terjatuh ke dalam sebuah tong besi semasa mencari makanan.Ia tidak dapat keluar kerana dinding tong besi itu tinggi lagi licin.Beberapa hari kemudian,anak tikus terjumpa ibu tikus yang terperangkap di dalam tong besi.Ia ingin menolong ibunya tetapi tidak mempunyai buah fikiran.Anak tikus berfikir,"Ibu tentu sedang laparsekarang."Oleh itu ia menyusup masuk ke dalam dapur dan mencuri sekeping roti.Ia menjatuhkan roti itu ke dalam tong besi.Ibu tikus enggan makan.Ia berkata kepada anaknya"Aku terlalu ingin kayu yang keras.Ambilkan aku cepat!".Anak tikus itu berfikir,"Biar aku dapatkan makanan yang lebih enak"Ia pun masuk semula ke dalam dapur lalu mencuri sepotong kek yang besar.Ia menjatuhkan kek itu kedalam tong besi.Ibu tikus berasa tidak sabar lagi lalu menjerit,"Budak yg bodoh! Aku tidak mahu apa-apa makanan.Aku mahu kayu yg keras!".Kemudian anak tikus pergi segera mencari kayu yang keras.Ia mengambil masa yg lama untuk mencari kayu tersebut.Apabila ia pulang dengan seketul kayu yg keras di dalam mulutnya,ibunya telah pun mati.Anak tikus menangis kerana berasa sedih.Pada ketika itu,bapa tikus pulang.Setelah mendengar segala keterangan anak tikus,bapa tikus memarahi anaknya,"Ibu kamu tidak akan mati sekiranya kamu pergi segera mengangambil kayu keras!".Anak tikus bertanya,mengapakah ibu mhu kayu yg keras?". Bapa tikus menjawab,"Gigi hadapan kita tumbuh dengan cepat.Oleh itu kita perlu mengkikis gigi kita selalu." "Tetapi bagaimana?" tanya anak tikus."Tida apa-apa yang boleh ibumu gigit apabila berada di dalam tong besi.Gigi hadapan ibumu tumbuh dengan begitu panjang sehingga ia tidak boleh menutup mulutnya.Bagaimana ia hendak makan?".Anak tikus memandang ke dalam tong besi sekali lagi.Memang benar gigi hadapan ibunya sungguh sehingga mulut ternganga.Patutlah ia tidak boleh makan apa-apa.Akhirnya anak tikus dan bapanya pulang dengan sedih ke dalam lubang mereka. siapa yang tulis cerita ini :Nur Nabihah Binti Azhar
Labels:
TYMKK (1)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment